Tuesday, July 15, 2014

Teh Rempah


Bahan-Bahan

2 cawan susu atau pun benda lain yang setara dengannya.
2 cawan air.
4 bunga cengkih.
2 biji buah pelaga hancurkan.
2 biji lada hitam hancurkan.
1 batang kulit kayu manis.
1 potong halia sebesar buah anggur kupas kulit dan cincang,
2 camca besar gula.
2 camca besar daun teh, yang eloknya guna teh Assam.

Cara
  1. Mula-mula sekali campurkan bahan-bahan susu, air, rempah ratus dalam periuk sederhana besar.
  2. Lepas itu, renehkan teh anda itu sambil kacau-kacau selama dalam 10 minit begitu. 
  3. Selepas 10 minit, tambahkan gula dan brukan daun teh segar anda. 
  4. Kacau-kacau sikit selama lima minit macam tu. Cari cawan atau gelas anda dan tapiskan teh masala ini. 
  5. Boleh juga buat kopi masala dengan campurkan sama serbuk kopi segar. 
  6. Masa penyediaan bahan dari dapur dalam lima minit ditambah dengan masa memanaskan bahan itu semua dalam 15 minit maka semua sekali 20 minit. Penyediaan yang ini cukup untuk empat cawan. 
Peringatan: Setengah orang tidak dibenar mengambil halia dan kulit kayu manis jadi boleh dielakkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.